Thursday, April 16, 2009

Seminar Keibubapaan 26 April 09 di SIMDE


Assalamualikum..

Sebagai salah seorang warga SIMDE saya menerima jemputan..dari Tuan Tajudin Mohd Pengerusi PIBG cuma nak share kepada sahabat-sahabat. Antara kandungan jemputannya ialah:

1. PIBG kita akan adakan satu program Seminar Keibubapaan dengan tajuk "Menjadi Ibubapa Genius" pada 26 April 2009 (Ahad) di SIMDE.

2. Sebagai makluman ringkas, Penceramah Motivasi yang diundang oleh PIBG ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Hj Othman. Beliau ialah seorang Profesor Program Fizik UKM, Pakar dalam Kajian Suria, Terma & Fotovoltan dan terlibat dalam penyelidikan sains fizik peringkat antarabangsa. Beliau juga ialah Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2008.

3. Kepada ibubapa yang berminat menyertai program PIBG ini, sila isi borang jawapan beserta bayaran sumbangan minimum RM20 bagi sepasang ibubapa (walaupun yang datang hanya seorang) dan terus kembalikan kepada S/U PIBG tidak lewat 20 April 2009 (Isnin). Kepada yang dapat meluangkan masa hadir nanti, moga mendapat manfaat daripada tips keibubapaan yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato' nanti dan boleh diamalkan bersama..

Terimakasih.

1 comment:

  1. Juga jangan lupa 26gb pagi tu ada MESYUARAT BAKIKJ di mana Pengerusi Bakikj kita punya TYDP , PSU nya TKP PJU , ajknya KP PJU so pakat beri sokongan moral dan sepenuhnya ke mesyuarat itu nanti...

    ahli bakikj -ars

    ReplyDelete