AGM PJU, di adakan pada 19 april 2009, menyaksikan muka muka baru dan tenaga muda dlam saf kepimpinan kwasan. dirasmikan oleh YB Dr Che Rosli ahli parlimen Hulu Langat mengariskan 6 perkara utama...,
Antara Keputusan Pemilihan Dewan Harian Kawasan Sesi 2009/2011 :- YDP Hj Yusof Ludin (menang YDP dengan penarikan diri TYDP) (DU) Ahli Majlis MBPJ, TYDP Hj Kamarudin Suhaimi ( Tarik diri bertanding YDP,autamatik memang TYDP ) (KT) Ahli Majlis MBPJ, NYDP Abd Rahman Sadikin ( Menang tanpa bertanding ), (KJB) Ketua Pemuda Azri Mohd Arish ( dipilih dalam msy agung dpp kawsan), (KT) Ketua Muslimat Zurinah Abd Rahman ( dipilih dalam msy agung dmp kawsan) dan (KT) Ketua Urusan Ulama’ Ustaz Zuber Embong ( menang tanpa bertanding) (KJB) beliau yang juga Exco Dewan Pemuda Negeri Selangor memegang Lajnah Tarbiyyah Pemuda Negeri.
Keputusan Penuh spt di bawah:-
Pengerusi Tetap
Hj Jamaludin Md Dom 55 ( penyandang ) (DU)
Ustaz Ahmad Abd Rahman 31 (mantan Kt Urusn Ulama sesi 2007/2009 ) (TU)
YDP
Hj Yusof Ludin (menang YDP dengan penarikan diri TYDP) (DU)
Ahli Majlis MBPJ
TYDP
Hj Kamarudin Suhaimi ( Tarik diri bertanding YDP,autamatik memang TYDP ) (KT)
Ahli Majlis MBPJ
NYDP
Abd Rahman Sadikin ( Menang tanpa bertanding ) (KJB)
Ketua Pemuda
Azri Mohd Arish ( dipilih dalam msy agung dpp kawsan) (KT)
Ketua Muslimat
Zurinah Abd Rahman ( dipilih dalam msy agung dmp kawsan) (KT)
Ketua Urusan Ulama’
Ustaz Zuber Embong ( menang tanpa bertanding) (KJB)
Pemerkisa kira2
Wan Roslan 34 (KT)
Hj samsiri ( di tolak kemenangan, kerana menang bertanding AJK Kawasan )
Nor Azian Yeop 21 ( zaujah Muzafar ) (KJB)
AJK Kawsan dipilih , jumlah undi (cawangan)
-----------------------------
01.Sdr Arizan 64 (SWY)
02.Hj Mokhtar 62 (KT)
03.Cheku Bakar 62 (TU)
04.Sdr Azizi 61 (SWY)
05.Dato Wan 59 (DU)
06.Arif Ateh 57 (DU)
07.Abd Muzafar 55 (KJB)
08.Hjh Arabiah 48 (TU)
09.Sdr Zawawi 46 (SWY)
10.HjRIdzuan 44 (SWY)
11.HjBadiuzaman 43 (KJB)
12.Mohd Khir 39 (DD)
13.Ustaz Ahmad 36 (KJB)
14.Pn Rahimah 35 (TU)
15.Hj Samsisri 32 (DD)
16.Hj Ismail 32 (DU)
Hj Jamaludin Md Dom 55 ( penyandang ) (DU)
Ustaz Ahmad Abd Rahman 31 (mantan Kt Urusn Ulama sesi 2007/2009 ) (TU)
YDP
Hj Yusof Ludin (menang YDP dengan penarikan diri TYDP) (DU)
Ahli Majlis MBPJ
TYDP
Hj Kamarudin Suhaimi ( Tarik diri bertanding YDP,autamatik memang TYDP ) (KT)
Ahli Majlis MBPJ
NYDP
Abd Rahman Sadikin ( Menang tanpa bertanding ) (KJB)
Ketua Pemuda
Azri Mohd Arish ( dipilih dalam msy agung dpp kawsan) (KT)
Ketua Muslimat
Zurinah Abd Rahman ( dipilih dalam msy agung dmp kawsan) (KT)
Ketua Urusan Ulama’
Ustaz Zuber Embong ( menang tanpa bertanding) (KJB)
Pemerkisa kira2
Wan Roslan 34 (KT)
Hj samsiri ( di tolak kemenangan, kerana menang bertanding AJK Kawasan )
Nor Azian Yeop 21 ( zaujah Muzafar ) (KJB)
AJK Kawsan dipilih , jumlah undi (cawangan)
-----------------------------
01.Sdr Arizan 64 (SWY)
02.Hj Mokhtar 62 (KT)
03.Cheku Bakar 62 (TU)
04.Sdr Azizi 61 (SWY)
05.Dato Wan 59 (DU)
06.Arif Ateh 57 (DU)
07.Abd Muzafar 55 (KJB)
08.Hjh Arabiah 48 (TU)
09.Sdr Zawawi 46 (SWY)
10.HjRIdzuan 44 (SWY)
11.HjBadiuzaman 43 (KJB)
12.Mohd Khir 39 (DD)
13.Ustaz Ahmad 36 (KJB)
14.Pn Rahimah 35 (TU)
15.Hj Samsisri 32 (DD)
16.Hj Ismail 32 (DU)
Musim mesyuarat agung PAS kawasan dan dewan - dewan kini sedang berlangsung . Sementara awal June nanti akan berlangsung pula muktamar PAS di peringkat pusat .
ReplyDeleteAsasnya muktamar atau mesyuarat agung adalah medan untuk kita bermuhasabah , berbincang , mengatur strategi , membuat keputusan , memilih saf kepimpinan , menggaris hala tuju perjuangan dan memperkasakan gerakkerja amal Islami .
Seluruh anggota yang terdiri dari pemerhati , perwakilan dan saf kepimpinan parti selayaknya memberi kerjasama agar muktamar atau mesyuarat agung berlangsung di atas prinsipnya yang betul . Bermula dari jiwa yang ikhlas , muktamar sayugianya dimanafaatkan untuk membawa parti lebih mantap dan gah berdepan cabaran yang dihadapkan oleh musuh malah membawa parti untuk lebih bersedia menangani isu ummah .
Muktamar bukan gelanggang "taekwondo" untuk anggota parti saling membelasah antara satu sama lain , didorong oleh rasa aku ingin menang dan aku yang paling betul . Sebagaimana muktamar juga bukanlah majlis ampu mengampu atau kipas mengipas .
Sebaliknya muktamar mestilah benar - benar menjadi "bilik bedah" untuk menganalisis kesilapan dan kelemahan semalam demi membina kekuatan organisasi membelah arus deras jahiliyah modern di hari esok .
Muktamar juga merupakan bengkel khas buat seluruh anggota parti menggarap formula menyatukan saf dan merapatkan jurang di atas semangat ukhuwwah fillah malah memperkukuh benteng pertahanan parti daripada pencerobohan sebarang fikrah dan elemen asing .
Muktamar jua menepati perhimpunan anggota parti untuk membuat penyataan sikap yang sepakat antara ahli dan pimpinan terhadap apa jua isu besar yang melanda negara sekaligus membina wehdatul fikri [ kesatuan pemikiran ] dan wehdatul amal [ kesatuan tindakan ] .
Namun suatu yang sangat menyedihkan apabila saya menemui usaha - usaha untuk meretakkan lantai dan dinding parti malah ada yang cuba untuk mematahkan tiang serinya agar parti kesayangan ummah yang sarat dengan agenda perjuangan Islam ini berjaya diruntuhkan oleh mereka .
Tanpa rasa tanggungjawab , media dan blog digunakan sepenuhnya untuk menyempurnakan misi "salah" ini . Hanya kerana kepentingan diri dan merasakan diri dipihak yang benar dan perlu menang maka dilihat sahabat seperjuangan semuanya salah dan perlu disingkir. Lebih malang apabila ia dilagang dalam medan terbuka seperti dada akhbar dan media elektronik termasuk internet .
Hilang adab dalam berbeza [ feqhul khilaf ] , hilang maruah dalam berbicara , hilang harga dalam berhujjah dan hilang nilai dalam bertingkah .
Saya berkesempatan melayari blog dan web site kawan dan lawan . Akhir - akhir ini menjelang muktamar PAS pusat yang akan berlangsung pada awal June kelak , saya telah ketemui beberapa penulisan dan artikel malah wawancara yang merentas adab etika berjamaah yang ditulis sendiri oleh individu yang mengaku menjadi ahli parti .
Jika artikel dan penulisan itu datangnya dari lawan kita , tidaklah sukar untuk saya memahami kenapa mereka menulis begitu . Tetapi sedih dan kecewa apabila ia adalah hasil karya ahli parti yang kelihatan seoalah - olah mereka pula bangga kerana "berani" mendedahkan pertelingkahan mereka . Malah lebih nekad mereka tidak dibayangi rasa bersalah membongkar rahsia parti .
Minit mesyuarat dengan segala perbincangannya didedah dan dijadikan nota kaki untuk mengukuhkan fakta mereka tanpa mengambil kira disiplin berjamaah .
Saya percaya , masing - masing berhujjah bahawa tindakan mereka adalah bertolak dari rasa sayang kepada jamaah dan mahu menyelamatkan jamaah . Namun perlu saya tegaskan disini bahawa kita masih tertakluk kepada adab dan akhlak dalam melaksanakan operasi "sayang" dan "menyelamat" yang dimaksudkan . Jangan jadi seperti tikus yang cuba membaiki labu , makin dibaiki makin rosak .
Pengalaman saya berjamaah , saya dapati masih terlalu lebar dan banyak saluran untuk menyelesaikan "misi sayang dan menyelamat " serta masih luas terbentang ruang dan peluang untuk mengatasi masaalah dalaman yang dihadapi tanpa perlu mengheretnya ke lapangan terbuka untuk dibahas dan ditatap oleh masayarakat awam .
Trend membuat pendedahan kepada media berkait masaalah dalaman parti sewajarnya segera dihentikan . Jangan pula kita terperangkap dalam jerat perpecahan yang dipasang oleh musuh .
Kita boleh mendedahkan bahan fikir , wawasan dan gagasan kita kepada umum biarpun ianya berbeza dengan pihak yang lain , tetapi jangan sekali - kali kita mengaitkannya sebagai senjata untuk bermusuh dengan sesiapa dari anggota parti . Bawalah wawasan dan gagasan itu dengan penuh adab dan bertanggungjawab .
Janganlah pula menganggap siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan wawasan dan gagasan kita sebagai musuh dan ianya perlu disingkir . Berbeza dan berhujjahlah , tapi biar dikawal oleh akhlak yang murni dan ketinggian aqal budi yang matang dan rasional . Malah terlebih wajar segalanya berpandukan petunjuk wahyu dan sunnah .
Sehari dua ni pun saya dapati pihak media akan melambung soalan - soalan "maut" kepada pemimpin dan ahli parti dan mereka pula telah bersiap sedia untuk membuat pukulan smash jika lambungan itu disambut .
Saya tidak pasti apa kontrak musuh dengan pihak media [ bukan semua media ] tetapi kita sebagai anggota parti mestilah berwaspada agar tidak menjadi mangsa jerangkap samar yang mampu mengucar kacirkan perpaduan dikalangan anggota jamaah kita .
Selamat berjuang dan selamat bermuktamar