Tuesday, May 12, 2009

alfatihah .. Kepada alyarham Ayub Ismail X-usm sains komputer '91

khamis 7mei 11pm - Dapat call daripada Yusof Jaafar d Kuantan memaklumkan, berita dari Hisyam d Kota Bharu. Allahyaraham d jemput Allah dlm prjalanan balik ke Tanah Merah heart attack katanya ..bage pehak sahabat2 ex-usm sepengajian sekali lagi hadiahkan Al-Fatihah kepadanya semoga d cucuri rahmat ..dan di berikan kesabaran yg tinggi balunya.

Harap rakan sekerja bujang, idris dan alias dapat berita ini - rahman

Email dari ex-usm group untuk sharing bersama --

From: ex-usm@yahoogroups.com on behalf of Noor Hisham Yusoff
Sent: Fri 5/8/2009 4:18 PM
To: EX-USM
Subject: [ex-usm] Ayub Ismail - AlFatihah
From :nhishamy@gmail.com


Salam buat semua,

Semalam kita semua dikejutkan dengan berita kematian Ayub Ismail (ROTU).

Mengikut perkhabaran yang saya terima dari bapa mertua Ayub, beliau
pulang dari Kulim ke Gua Musang pada hari Rabu petang.

Semalam - hari Khamis beliau singgah di Tanah Merah sebelum menuju ke
Nilam Puri, Kota Bharu untuk ke rumah mertuanya.

Sewaktu hendak bertolak dari Tanah Merah, beliau merasa sakit dada dan
keluar dari kereta untuk duduk sekejap di depan rumah sepupunya.

Jam 10.04pm aku menerima berita dari Rokman mengatakan arwah kena
heart attack.

Jam 10.07pm aku call Diana (isteri arwah) dan beliau mengatakan arwah
di Emergency Room dan dah stabil.

Jam 10.54pm Diana call mengatakan arwah kritikal, aku dalam
perjalanan ke Tanah Merah bersama isteri.

Jam 11.02pm Diana memaklumkan bahawa arwah baru dijemput Allah S.W.T

Al-Fatihah - semoga rohnya di tempatkan di kalangan para alim ulama.

Arwah akan di kebumikan selepas solat Jumaat di Masjid Kg Siam.

Insyaallah, aku bersama Zamri (Abhou), Nafi Fizik akan ke sana sekejap
lagi bagi mewakili kita semua.

Al-Fatihah.

Ishe (0199807007) 11.30am

p/s Arwah Ayub Ismail telah selamat dikebumikan di Kubur Besar, Tanah
Merah, Kelantan pada jam 2.45pm
Turut hadir bersama ialah Dr Omar & keluarga.

==
From: ex-usm@yahoogroups.com on behalf of Isahak Ismail
Sent: Fri 5/8/2009 8:19 AM
To: ex-usm@yahoogroups.com
Cc: nhishamy@gmail.com
Subject: Re: [ex-usm] Ayub (rotu) - Meninggal jam 10mlm - 7 Mei 2009

Salam,
Baru lepas cakap dengan Hisham. Confirm Ayob telah di jemput oleh Allah terlebih dahulu.

Semoga peristiwa ini menguatkan lagi iltizam kita dengan Islam dan persediaan untuk akhirat yang lebih kekal.

Wassalam,
Isahak

--------------------------------------------------------------------------------
From: Isahak Ismail
To: ex-usm@yahoogroups.com
Sent: Friday, May 8, 2009 7:49:35 AM
Subject: [ex-usm] Ayub (rotu) - Meninggal jam 10mlm - 7 Mei 2009

Salam,
Tolong SAHkan...!
Saya dapat sms pkl 7:18 pagi dari Amir (Kedah) yang di hantar oleh Zamri Aziz JPN Kelantan:
Seperti dibawah.
------------ --------- --------- ---------
Askm tuan, makluman- sdr ayub (rotu), school computer tlh pulang ke rahmatullah mlm ni, jam kurang lebih pkl 10. Di hospital t.merah. Pohon sampaikan pd kawan-kawan. Maklumat lanjut dgn hisyam.

Drp. Zamri aziz jpn kelantan.
------------ --------- --------- ---------
Saya try to call Hisyam tak dapat.

Wassalam,
Isahak
7:50 pagi
==

No comments:

Post a Comment