Saturday, May 16, 2009

Santai brsma lebih 50,000 d stdium malawati s.alam







Suasana2 d stdium dri jam 5pm - 12mlm

shah alam 16mei - sempna cuti dan suasana panas kami ambik kesemptan lepak kat stdium malawati dari jam6pm aircond stdium amat kuat 50ribu yg bnjiri maseh sejuk walaupun d panaskan oleh 6 penceramah lebih2 lage oleh MB Nizar hingga jam 12mlm

Tuesday, May 12, 2009

Cuti Sempena Hari Ibu .. d Parlimen Penggerang





Di pantai Batu Layar ,18km frm Desaru bersama Saiful and family
Progress LSD (Senai-Desaru Expresway)dari Tg Buai dan
Di Taman Buaya ,Teluk Sengat - Musaab memegang anak buaya berumur 1 tahun

alfatihah .. Kepada alyarham Ayub Ismail X-usm sains komputer '91

khamis 7mei 11pm - Dapat call daripada Yusof Jaafar d Kuantan memaklumkan, berita dari Hisyam d Kota Bharu. Allahyaraham d jemput Allah dlm prjalanan balik ke Tanah Merah heart attack katanya ..bage pehak sahabat2 ex-usm sepengajian sekali lagi hadiahkan Al-Fatihah kepadanya semoga d cucuri rahmat ..dan di berikan kesabaran yg tinggi balunya.

Harap rakan sekerja bujang, idris dan alias dapat berita ini - rahman

Email dari ex-usm group untuk sharing bersama --

From: ex-usm@yahoogroups.com on behalf of Noor Hisham Yusoff
Sent: Fri 5/8/2009 4:18 PM
To: EX-USM
Subject: [ex-usm] Ayub Ismail - AlFatihah
From :nhishamy@gmail.com


Salam buat semua,

Semalam kita semua dikejutkan dengan berita kematian Ayub Ismail (ROTU).

Mengikut perkhabaran yang saya terima dari bapa mertua Ayub, beliau
pulang dari Kulim ke Gua Musang pada hari Rabu petang.

Semalam - hari Khamis beliau singgah di Tanah Merah sebelum menuju ke
Nilam Puri, Kota Bharu untuk ke rumah mertuanya.

Sewaktu hendak bertolak dari Tanah Merah, beliau merasa sakit dada dan
keluar dari kereta untuk duduk sekejap di depan rumah sepupunya.

Jam 10.04pm aku menerima berita dari Rokman mengatakan arwah kena
heart attack.

Jam 10.07pm aku call Diana (isteri arwah) dan beliau mengatakan arwah
di Emergency Room dan dah stabil.

Jam 10.54pm Diana call mengatakan arwah kritikal, aku dalam
perjalanan ke Tanah Merah bersama isteri.

Jam 11.02pm Diana memaklumkan bahawa arwah baru dijemput Allah S.W.T

Al-Fatihah - semoga rohnya di tempatkan di kalangan para alim ulama.

Arwah akan di kebumikan selepas solat Jumaat di Masjid Kg Siam.

Insyaallah, aku bersama Zamri (Abhou), Nafi Fizik akan ke sana sekejap
lagi bagi mewakili kita semua.

Al-Fatihah.

Ishe (0199807007) 11.30am

p/s Arwah Ayub Ismail telah selamat dikebumikan di Kubur Besar, Tanah
Merah, Kelantan pada jam 2.45pm
Turut hadir bersama ialah Dr Omar & keluarga.

==
From: ex-usm@yahoogroups.com on behalf of Isahak Ismail
Sent: Fri 5/8/2009 8:19 AM
To: ex-usm@yahoogroups.com
Cc: nhishamy@gmail.com
Subject: Re: [ex-usm] Ayub (rotu) - Meninggal jam 10mlm - 7 Mei 2009

Salam,
Baru lepas cakap dengan Hisham. Confirm Ayob telah di jemput oleh Allah terlebih dahulu.

Semoga peristiwa ini menguatkan lagi iltizam kita dengan Islam dan persediaan untuk akhirat yang lebih kekal.

Wassalam,
Isahak

--------------------------------------------------------------------------------
From: Isahak Ismail
To: ex-usm@yahoogroups.com
Sent: Friday, May 8, 2009 7:49:35 AM
Subject: [ex-usm] Ayub (rotu) - Meninggal jam 10mlm - 7 Mei 2009

Salam,
Tolong SAHkan...!
Saya dapat sms pkl 7:18 pagi dari Amir (Kedah) yang di hantar oleh Zamri Aziz JPN Kelantan:
Seperti dibawah.
------------ --------- --------- ---------
Askm tuan, makluman- sdr ayub (rotu), school computer tlh pulang ke rahmatullah mlm ni, jam kurang lebih pkl 10. Di hospital t.merah. Pohon sampaikan pd kawan-kawan. Maklumat lanjut dgn hisyam.

Drp. Zamri aziz jpn kelantan.
------------ --------- --------- ---------
Saya try to call Hisyam tak dapat.

Wassalam,
Isahak
7:50 pagi
==

Wednesday, May 6, 2009

Selamat hari Ibu



Selamat Hari Ibu .. kepada ibuku tersayang !

Untuk Umi ku @ ibu ku dan ibu-ibu anda sekelian..tersayang dengarlah 'suara sayang dari anak mu ini...' dengarlah bersama !
==



Pada Mei Ke Dua anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa.

=========

SELAMAT HARI IBUdari http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/selamat-hari-ibu.html


Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Sunday, May 3, 2009

Ustaz Dato Ismail Kamus di Surau Al Ehsan SS4A



( gambar sebagai hiasan dengan ihsan telagabiru )

Assalamualikum...

Kepada pengunjung blog ini yg berada di Sekitar Kelana Jaya dan Petaling Jaya
Malam ini ada Kuliah Magrib oleh Tokoh terkenal, butir-butirnya:-

Tempat : Surau Al-Ehsan SS4A ( Jalan SS4A/4 )

Tarikh : Hari ini Isnin 4 Mei 2009 bersamaan 9 Jamadilawal 1430H

Masa : Selepas Magrib

Penceramah : Ustaz Dato' Hj Ismail Kamus


Semua dijemput hadir, sedkikit refreshment disediakan selepas Isya'!

Saturday, May 2, 2009

Di KB urusan ambik kunci rumah & satel Yuran Muaz ..dan si Roslan





ahad 3mei kota bharu - Sepatutnya malam tadi mampir d k.krai sedar2 dah d kb jam530am ,rasanya naik bus dah lewat dah 11pm..siap sound kat driver seblum brtolak bus brhenti solat subuhkan ? Driver trnsnasional tu jawap eh dok brhenti doh !.

Konön nak tiru ust solehin mukhyi sampai pagi sewa dlm rm30 d Hotel Politan dpn thaji ..hu fullhouse .. Cari lage hotel murah budget hotel & hotel suria dekat HSBC bank pun full house ..akhirnya ke Rumah Allah juga lenanya d Surau Pasar siap mimpi ge mancing lage ..

Hari ne hari Roslan brsma aku, minum d bazar trjumpa roslan mantan su sh.alam dtng bwa rombongan dia cerita dah 4bulan membunjang walau umur baru 54tahun..Alfatihah istrinya meninggal kerana stroke ..
Önbehalf wife ambik kunci apprtment d tgkt 14 ,rumah akn d urus oleh ktc utk tempoh 3tahun d jadikn hotel, pulangan jika anggran 10mlm sebulan dlm rm600 pulngn mtly..owner sewa free 12hari setahun.

Always cal si Roslan dMdZin IT Kelate ajak minum x dpt,ajak makn x dpt,kereta masuk wkshop .Naik teksi lah ge sekolah Muaz. ne nak ge sekolah Anas-Abas pulak.

Jam 6pm kang kena jumpa Roslan Rashid exUsm ambik teket bus minta dia tlg beli..

Sejernih dan Sesejuk air d Sg Pancing ..Btg Kali






Sabtu 2mei Btg Kali,Selangor - Mengambil peluang masa panjang d Muktamar Muslimat Selangor d sini, selapas perasmian oleh Yg Brbhagia Hj Mohd Sabu, dgn UstZuber jurupandu & Wan Roslan dlm jam11am kami ke Sg Pancing 10km jln ke Genting anak beranak.

Tak sangka ada lage tempt secantik,sejernih,sesejuk & secuci ini d sini..jam1230pm si MdNoramdan pulak sampai..ikut perancangan Arizan akn datng bakar kambing .. yg ada kayu,daun d bakar ada la ..

Sesuai utk berkhemah brmalam...datang lain kali !